Close

Cukai jalan tidak perlu dipamerkan bermula hari ini – Bertukar kepada digital sepenuhnya

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan yang pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan atau melekatkan cukai jalan kenderaan bermula hari ini.


Pengumuman tersebut selaras dengan perlaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berkaitan cukai jalan dan juga lesen memandu.

Berikutan dari itu, pengguna perlu mendaftar akaun melalui aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan lesen memandu dan cukai jalan secara digital.

Buat masa ini, perlaksanaan ini hanya membabitkan pemilik kenderaan persendirian sahaja termasuk juga motorsikal. Perlaksanaan yang lebih meluaskan akan dibuat secara berperingkat dari masa ke semasa. Selain itu, JPJ dijangka akan membawakan lebih banyak perkara ke arah kaedah digital pada masa akan datang.

Aplikasi MyJPJ kini tersedia untuk Android dan iPhone. Untuk maklumat yang lebih lanjut, layari laman rasmi JPJ.

ARTIKEL BERKAITAN