Close

DJI Mini 2 SE kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1599

DJI kini sedia untuk menawarkan model baharu untuk pasaran Malaysia melalui model DJI Mini 2 SE. Tampil dengan saiz yang lebih berkompak, lebih ringan dan juga hadir dengan sokongan sistem yang lebih baik.

DJI Mini 2 SE kini hadir dengan sistem tranmisi OcuSync 2.0 yang membolehkan ia terbang dua kali lebih jauh dari model sebelumnya. Dimuatkan dengan kamera tiga paksi dengan sensor 1/2.8″ yang mampu merakam pada resolusi maksimum 2.7K.

Masih menggunakan kapasiti bateri yang sama iaitu 2250mAh, namun DJI mendakwa dron ini mampu terbang lebih lama iaitu 31 minit berbanding model sebelumnya. Tiada sokongan storan terbina sebaliknya mempunyai ruang mikro SD untuk menyimpan video.

DJI Mini 2 SE dijual pada harga RM1599 yang didatangkan dengan alat kawalan DJI RC-N1 bersama perkakasan lain. Turut terdapat pakej Fly More Combo yang dijual pada harga RM2149. Bagi yang beminat, ia boleh didapati melalui kedai rasmi atas talian Shopee dan Lazada atau di semua pengedar rasmi DJI Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN