Close

Elon Musk kagum dengan kemampuan kamera Samsung Galaxy S23 Ultra

Elon Musk dilihat kagum dengan kemampuan kamera pada Samsung Galaxy S23 Ultra. Perkara tersebut diperlihatkan melalui Tweet balas yang dibuat oleh beliau pada akaun Twitter rasmi MKBHD yang merupakan salah seorang YouTuber terkenal.

Wow

— Elon Musk (@elonmusk) February 7, 2023

Melalui Tweet yang dikongsi oleh MKBHD, memperlihatkan kemampuan zum sehingga 100x dengan menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra yang berjaya merakam imej bulan dengan jelas. Berikutan dari perkongsian itu, Elon Musk secara spontan telah membalas Tweet tersebut dengan perkataan “Wow”. Tweet balas tersebut telah mendapat 64.2 likes dan 7.7 views ketika artikel ini ditulis.

Keupayaan zum pada peranti Android sememangnya mengagumkan. Tidak hairanlah, jika Apple turut merancang untuk mempunyai keupayaan kamera zum seumpama itu pada siri iPhone akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN