Close

Garmin Instinct Crossovers kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula dari RM2470


Garmin merupakan jenama popular dalam menghasilkan jam tangan pintar yang lasak, sering digunakan oleh pelari profesional dan atlet endurance. Terkini, Garmin memperkenalkan satu lagi model baharu iaitu Garmin Instinct Crossovers.



Garmin Instinct Crossover hadir dengan skrin monokrom bersaiz 0.9-inci dengan resolusi 176 x 176 piksel. Sebagai jam tangan pintar lasak, ia mempunyai pensijilan standard ketenteraan (MIL-STD-810) untuk memberikan ketahanan ekstrem dan juga menyokong penarafan air 10ATM. Ia juga mempunyai sensor seperti tekanan, accelerometer, GPS, cahaya dan juga geomagnetik.



Selain itu, ia turut hadir dengan sejumlah fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasan secara terbina yang merangkumi aktiviti seperti berbasikal, larian, aktiviti lasak, golf dan lain-lain. Tidak ketinggalan ia turut menyokong lebih dari 30 mod sukan indoor dan outdoor.


Dari segi ketahanan bateri, untuk versi standard ia mampu bertahan sehingga 28 hari, sementara untuk versi solar ia mampu bertahan sehingga 70 hari untuk satu pengecasan penuh.


Garmin Instinct Crossover dtiawarkan dalam tiga pilihan iaitu versi standard, solar dan tactical edition, harga jualan bermula dari RM2470, RM2720 dan RM2970. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli melalui pengedar rasmi Garmin di seluruh Malaysia atau menerusi Shopee dan Lazada

ARTIKEL BERKAITAN