Close

Honor X8a kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM999

Honor Malaysia kini sedia untuk menawarkan peranti kelas pertengahan baharu mereka untuk pasaran tempatan iaitu Honor X8a. Hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih terkini.

Honor X8a dilengkapi dengna skrin LCD bersaiz 6.7-inci. Dijana dengan cip MediaTek Helio G88 yang dipadankan dengan8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh bersama pengecasn pantas 22.5. Melengkapkannya dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 100 MP + 5 MP ultra lebar + 2 MP makro, dan swafoto dengan sensor 16 MP.

Di Malaysia, Honor X8a dijual pada harga RM999 dan ditawarkan dengan tiga pilihan iaitu Midnight Black, Titanium Silver dan Cyan Lake. Akan mula dijual pada 11 Februari ini, boleh didapati di semua pengedar rasmi Honor atau menerusi kedai atas talian rasmi Honor, Lazada dan Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN