Close

Ini mungkin rekaan iPhone Ultra – Guna binaan Titanium seperti Apple Watch Ultra


Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan yang Apple akan menawarkan satu lagi pilihan model pada siri iPhone akan datang. Menariknya, model tersebut dikatakan akan dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding dari model Pro Max.


Model yang lebih mahal berkemungkinan adalah model Ultra. Yang mana, model tersebut ini dijangka akan hadir dengan perbezaan yang lebih ketara seperti keupayaan kamera yang lebih baik, cip lebih berkuasa, skrin yang lebih besar dan rekaan yang berbeza.


⚪️🟠 pic.twitter.com/7vRuVU1lDy

— Jonas Daehnert (@PhoneDesigner) February 6, 2023

 

Berikutan dari itu, terdapat beberapa rekaan awal iPhone Ultra yang dihasilkan oleh peminat Apple. Berdasarkan dari perkongsian tersebut dapat dilihat iPhone Ultra menggunakan rekaan yang berasaskan kepada binaan Titanium yang digunakan pada Apple Watch Ultra. 


Terdapat juga butang khas berwarna oren yang sama seperti Apple Watch Ultra diletakkan di bahagian sisi kiri yang tidak di ketahui fungsinya bersama dengan butang suara dan juga butang slider. Pada bahagian bawah, terdapat kemasan berwarna oren pada bahagian pengecasan bersama pembesar suara dan mikrofon. Rekaan sisi  menggunakan jenis bulat dan bukan berkotak seperti mana pada model semasa.


Secara keseluruhan, rekaan ini tidaklah keterlaluan. Namun, ia dilihat tidak selari dengan apa yang dilaporkan oleh kebanyakkan pakar tiris yang mana Apple akan hadir dengan rekaan dan binaan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN