Close

iPhone 15 Pro dilaporkan akan hadir dengan 8GB RAM

Pada siri iPhone 14, Apple masih lagi menggunakan konfigurasi 6GB RAM. Namun, untuk siri iPhone 15 Apple mungkin menggunakan konfigurasi RAM yang lebih besar.

Menurut TrendForce, Apple dilaporkan akan mula menggunakan konfigurasi 8GB RAM. Namun begitu, kapasiti RAM yang lebih besar akan hanya digunakan pada iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max. Manakala. untuk model iPhone 15 dan 15 Plus masih menggunakan 6GB RAM.
Biarpun, iPhone 15 dan 15 Plus masih menggunakan kapasiti RAM yang sama tetapi, ia mungkin hadir dengan teknologi RAM yang lebih pantas iaitu LPDDR5. Yang mana, ia digunakan pada iPhone 14 Pro.
Dengan peningkatan kapasiti RAM, ia sekaligus akan meningkatkan prestasi secara keseluruhan lebih-lebih lagi berkenaan dengan penggunaan Aplikasi.
Sekiranya laporan ini adalah tepat, ia menjadikan iPhone 15 Pro sebagai iPhone pertama hadir dengan konfigurasi RAM yang lebih besar sejak iPhone 12 Pro dikeluarkan dengan 6GB RAM.

ARTIKEL BERKAITAN