Close

Jurutera Korea berjaya ubah suai iPhone dengan meletakkan dua port pengecasan sekaligus

Apple telahpun mengesahkan yang mereka akan mula menggunakan port pengecasan USB-C pada siri iPhone akan datang berikutan desakan dari kesatuan eropah (EU). Tetapi, pernah anda terfikir jika sebuah iPhone mempunyai kedua-dua jenis pengecasan.

Di Korea, seorang jurutera telah berjaya menghasilkan sebuah iPhone yang mempunyai kedua-dua jenis pengecasan iaitu USB-C dan Lightning. Jurutera tersebut telah menggunakan iPhone 12 mini dalam menghasilkan projek tersebut dan dinamakan sebagai iPhone USB-C (Twin-Port).

Menariknya, kedua-dua port pengecasan tersebut boleh digunakan untuk pengecasan dan juga pemindahan data. Selain itu, kedua-dua port juga boleh digunakan secara serentak untuk mengecas melalui USB-C dan menggunakan EarPod melalui Lightning.

Sekiranya diberi pilihan untuk mempunyai kedua-dua jenis pengecasan, adakah ia akan menjadi pilihan atau cukup sekadar mempunyai satu port pengecasan sahaja iaitu USB-C.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN