iPhone SE 4 dilaporkan akan hadir dengan rekaan seperti iPhone 14 - FUZZ.MY

Tuesday, February 28, 2023

iPhone SE 4 dilaporkan akan hadir dengan rekaan seperti iPhone 14


Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple tidak akan melancarkan iPhone SE 4. Perkara tersebut merujuk kepada kebimbangan Apple mengenai prestasi cip in-house yang dihasilkan tidak setanding dengan cip yang dihasilkan oleh Qualcomm.


 

Terkini, menurut pakar tiris Ming Chi-Kuo menyatakan yang Apple telahpun memulakan semula pembangunan untuk iPhone SE 4. Peranti ini dijangka akan membawakan perubahan besar dengan menggunakan skrin jenis OLED bersaiz 6.1-inci yang sama seperti pada iPhone 14.


Dengan menggunakan skrin yang lebih besar, iPhone SE 4 berkemungkinan akan hadir dengan fungsi Face ID bermakna tiada lagi butang fizikal dan fungsi Touch ID. Selain itu, iPhone SE 4 dijangka akan hadir dengan modem 5G yang direka khas oleh Apple yang hanya menyokong rangkaian 5G Sub-6Ghz.


Menurut satu lagi laporan, iPhone SE 4 hanya akan menggunakan skrin dari BOE sepenuhnya. iPhone SE 2024 dijangka akan dilancarkan pada 2024, iaitu selepas dua tahun iPhone SE 3 dilancarkan iaitu pada 2022.


(Sumber)