Close

Kemas kini One UI 5.1 kini tersedia untuk siri Samsung Galaxy S22, Z Flip4 dan Z Fold4

Berita gembira untuk pengguna siri Samsung Galaxy S22, Z Flip4 dan Z Fold4. Yang mana, kemas kini One UI 5.1 kini telahpun tersedia untuk pengguna di Malaysia.

One UI 5.1 membawakan sejumlah peningkatan dari segi kamera, antaramuka dan juga bebrapa fungsi baharu yang ditawarkan pada siri Samsung Galaxy S23. Antara fungsi menarik pada One UI 5.1 adalah seperti Expert RAW, sokongan DeX yang lebih baik, aplikasi galeri yang dipertingkat, sokongan tema yang lebih banyak dan lain-lain.

Kemas kini ini turut menyertakan sejumlah penyelesaian pepijat dan juga kemas kini keselematan bulan Februari. Untuk mengemaskini ke One UI 5.1, pergi ke bahagian tetapan dan pilih software update.

ARTIKEL BERKAITAN