Close

Kerajaan merancang untuk menjadikan MySejahtera sebagai ‘Super Apps’ kesihatan


Kerajaan merancang untuk menjadikan aplikasi MySejahtera sebagai alat pengurusan kesihatan awam negara atau digital public health super app. 


Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, semua maklumat berkenaan kesihatan yang dikumpulkan oleh aplikasi MySejahtera akan digunakan untuk menentukan hala tuju kesihatan negara.


Aplikasi tersebut juga akan digunakan untuk mengenalpasti golongan yang layak untuk menerima inisiatif Skim Perubatan MADANI yang baru diumumkan dalam belanjawan 2023. Aplikasi ini juga akan berfungsi sebagai survelan untuk penyakit berjangkit.


Sejajar dengan pendigitalan perkhidmatan kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk menjadikan aplikasi MySejahtera sebagai “Super Apps” kesihatan yang akan memudahkan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN