Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini mengumumkan pakej internet baharu iaitu Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang memfokuskan kepada warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), B40 dan juga vateran.
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap - Hanya RM69 sebulan
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 2, 2023
Pelan ini akan memberi penjimatan 22% dari harga asal atau penjimatan RM480 dalam tempoh 2 tahun. pic.twitter.com/gRIepkB6Nu
Pakej ini ditawarkan dengan harga RM69 sebulan dengan kelajuan 30Mbps bersama data tanpa had. Pakej ini turut hadir dengan kontrak selama 24 bulan. KKD menyatakan yang pakej ini adalah 22% lebih murah berbanding dengan pakej internet semasa yang ada di pasaran ketika ini.
Pakej ini akan mula ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan bermula Mac 2023. Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, U Mobile, YTL, Astro dan TIME Berhad antara penyedia perkhidmatan yang akan menyediakan pakej tersebut.