Close

Korea Selatan dijangka perkenal 6G seawal 2028

Korea Selatan mengumumkan yang mereka merancang untuk melancarkan rangkaian mudah alih generasi ke-6 atau 6G seawal tahun 2028.

Perkara tersebut diumumkan oleh Kementerian Sains dan ICT Korea. Rangkaian 6G ini akan mempunyai teknologi bertaraf dunia dan akan dibangunkan dengan perisian termaju dalam masa yang sama dapat mengukuhkan rantaian bekalan rangkaian.

Berikutan dari itu, Korea Selatan akan memberi insentif kepada syarikat tempatan untuk menghasilkan bahan, kompenan dan peralatan untuk pembangunan rangkaian 6G. Selain itu, Korea Selatan turut merancang untuk mengukuhkan rantaian bekalan untuk menyokong projek rangkaian tersebut.

Korea Selatan menyasarkan peningkatan ekonomi sekurang-kurang 30% atau lebih dalam projek rangkaian 6G.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN