Close

Kos penghasilan iPhone 14 Pro Max dilaporkan hanya RM2050

Di Malaysia, iPhone 14 Pro Max dengan storan 128GB dijual pada harga RM5799, manakala untuk storan paling besar iaitu 1TB ia dijual pada harga mencecah RM8999. Namun, menurut laporan kos penghasilan untuk sebuah iPhone 14 Pro Max adalah sekitar RM2050.

Melalui analisis yang dikeluarkan oleh Counterpoint Research. Apple hanya memerlukan kos BoM (Bill of Master) sekitar $464 (RM2050) untuk menghasilkan sebuah iPhone 14 Pro Max dengan storan 128GB. Kos tersebut merujuk kepada semua komponen fizikal yang digunakan pada peranti.
Kos BoM untuk rekaan cip Bionic A16 sahaja adalah 22% daripada jumlah keseluruhan BoM. Menurut Counterpoint Research, kos BoM pada iPhone 14 Pro Max adalah lebih tinggi iaitu sekitar 3.7% berbanding iPhone 13 Pro Max. Peningkatan kos paling ketara adalah pada paparan, cip dan juga kamera.
Namun begitu, kos BoM ini tidak termasuk dengan beberapa kos lain seperti R&D, caj penghantaran dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN