Close

Lebih 6,381 laman sesawang judi dalam talian telah disekat oleh MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan yang mereka sangat komited dalam menyokong tindakan penguatkuasaan pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras kegiatan judi dalam talian.
Sehubungan dengan itu, MCMC memaklumkan yang mereka berjaya menyekat lebih dari 6,381 laman sesawang judi dalam talian, berdasarkan kepada permohonan rasmi daripada pihak PDRM bagi tempoh antara 2020 sehingga akhir 2022.
Selain laman sesawang, sejumlah 212,399 talian telefon termasuk talian mudah alih dan tetap yang digunakan untuk mempromosi judi dalam talian juga telah disekat perkhidmatannya bermula dari tahun 2020 sehingga 2022.
Dalam masa yang sama. MCMC menyatakan yang pengguna secara umum boleh memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyekat aktiviti promosi judi dalam talian. seperti melaporkan kepada pihak berwajib atau MCMC.

ARTIKEL BERKAITAN