Close

Lebih dari 300 ribu unit Tesla dipanggil semula kerana masalah swapandu

Tesla boleh dikatakan sebagai pelopor kepada industri kereta elektrik (EV). Salah satu fungsi menarik yang dibawakan adalah Full Self-Driving (FSD) atau Autopilot , yang membolehkan kereta dipandu dengan sendiri.


Namun begitu, fungsi perisian FSD atau Autopilot dilaporkan bermasalah dan telah menyebabkan beberapa siri kemalangan yang meragut nyawa. Berikutan dari itu, Tesla secara rasmi telahpun memanggil semula hampir 363,000 kenderaan yang melibatkan model X dari tahun 2016 sehingga 2023, model X dan 3 dari 2017 sehingga 2023 dan Model Y dari 2020 sehingga 2023 yang dilengkapi dengan perisian FSD.

Pihat terawal yang melakukan siasatan mengenai permasalah berkenaan perisian FSD ini adalah Highway Traffic Safety Administration (HTSA) pada 2021 selepas perisian tersebut merekodkan jumlah kemalangan yang serius setiap tahun. Pada permulaan, siasatan tertumpu kepada analisis kejuruteraan sebelum HTSA mengesan punca tersebut datang dari fungsi FSD.

Antara masalah yang dilaporkan mengenai FSD adalah seperti memandu melebihi had laju yang dibenarkan dan mengambil selekoh secara berbahaya yang boleh menyebabkan pertembungan dari arah bertentangan.

Tesla dijangka akan memberikan kemaskini perisian secara percuma kepada pemilik kenderaan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN