Close

Mercedes-Benz EQS 500 akan dipasang 100% di Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia telahpun melancarkan kereta elektrik (EV) baharu untuk pasaran Malaysia melalui model EQS 500 4MATIC, yang mana model ini akan menjadi kenderaan elektrik (EV) keluaran tempatan pertama yang akan dipasang 100% di Malaysia.

EQS 500 4MATIC hadir dengan kuasa maksimum 330 kW dengan tork 828Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 4.8 saat dengan kelajuan maksimum pada 210 km/j. EQS 500 4MATIC mampu bergerak sejauh 695 km berdasarkan kepada standard ujian WLTP.

Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan jenis AC 11 kW yang mengambil masa 10 jam dari 10% ke 100% . Selain itu, ia juga turut menyokong pengecasan yang lebih pantas melalui pengecasan jenis DC 200 kW yang mengambil masa 31 minit daripada 10% ke 80%.

EQS 500 4MATIC akan dipasang di kilang pengeluaran Mercedes-Benz di Pekan, Pahang. Dijual pada harga RM648,888 tidak termasuk insuran dengan penghantaran akan bermula pada Mac ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN