Close

Meta Verified diperkenalkan untuk Instagram dan Facebook – Perkhidmatan pengesahan berbayar seperti Twitter

Mark Zuckerberg, ketua eksekutif Meta sedia untuk menawarkan fungsi baharu yang dipanggil sebagai Meta Verified. Merupakan perkhidmatan langganan pengesahan berbayar, memberikan tanda biru pada akaun yang telah disahkan melalui proses kerajaan.

Dengan melanggan Meta Verified, pengguna akan menerima beberapa kelebihan antaranya mendapat akses terus kepada pekhidmatan pelanggan, perlindungan tambahan dari akaun palsu dan juga keupayaan capaian yang lebih baik di platform seperti ulasan, carian dan pengesyoran.

Untuk permulaan, Meta Verified hanya akan ditawarkan di Australia dan New Zealand, akan diperluaskan ke lebih banyak negara secara berperingkat. Harga langganan bulanan adalah $11.99 (RM53.10) untuk langganan melalui web dan $14.99 (RM66.53) sekiranya melanggan melalui iOS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN