Close

Modem Qualcomm Snapdragon X75 diumumkan – 25% lebih kecil dan 20% lebih jimat kuasa

Qualcomm hari ini mengumumkan modem baharu Snapdragon X75 bagi menggantikan modem sedia ada yang digunakan pada cip Snapdragon 8 Gen 2. Tampil dengan sejumlah peningkatan dan juga beberapa fungsi baharu.

Modem Snapdragon X75 menggunakan rekaan 25% lebih kecil dan 20% lebih jimat kuasa berbanding model sebelumnya. Menggunakan binaan baharu yang dipanggil sebagai modem-to-antenna dan turut menyokong rangkaian 5G mmWave dan Sub 6GHz.

Turut mempunyai sistem modem-RF pertama di dunia yang dipadankan dengan Qualcomm 5G AI Gen 2 dan juga Qualcomm 5G AI Suite Gen 2. Sokongan Snapdragon Satelite juga akan dimuatkan pada modem terbaru ini.

Modem ini dilaporkan mempunyai kebolehan untuk memilih rangkaian terbaik dalam setiap masa. Kemampuan perkhidmatan selular juga dipertingkatkan untuk kawasan seperti bawah tanah, lif dan juga pada kenderaan bergerak.

Modem Snapdragon X75 ini dilaporkan telah mula diuji oleh pengeluar dan dijangka akan mula digunakan pada peranti bermula suku kedua 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN