Close

MyJPJ : Macam mana kalau pemandu lain bawa dan tiada fon?


Berikutan dari pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkenaan cukai jalan dan lesen memandu yang bertukar kepada digital sepenuhnya melalui aplikasi MyJPJ telah menimbulkan pelbagai persoalan mengenainya.


Selari dengan pengumuman tersebut, Menteri Pengangkutan telah memberikan pencerahan yang lebih mendalam berkenaan cara perlaksanaan melalui laman sosial beliau.



Adakah aplikasi “MyJPJ” wahib dimuat-turun ?

MyJPJ bukan aplikasi wajib, sebaliknya adalah salah satu opsyen untuk mendapat salinan cukai jalan dan lesen memandu.


Adakah saman akan dikenakan sekiranya gagal menunjukkan cukai jalan dan lesen memandu digital ?

Saman tidak akan dikenakan. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen memandu melalui sistem gadget penguatkuasaan.


Adakah cukai jalan dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tamat tempoh sah ?

Masih perlu dibayar, hanya pelekat sahaj tidak perlu ditampal.



Sekiranya tiada telefon pintar dan kawasan tiada capaian internet, bagaimana?

Cukai jalan dan lesen memandu fizikal boleh digunakan.


Macam mana kalau pemandu lain bawa dan tiada fon?

Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen memandu melalui sistem gadget penguatkuasaan.


Kenapa MyJPJ sukar diakses ketika ini ?

Aplikasi MyJPJ ketika ini sedang mengalami trafik yang sangat tinggi.


Oleh yang demikian, rakyat dinasihatkan supaya tidak terlalu risau atau panik dengan perlaksanaan ini. Dalam masa yang sama, MOT dan JPJ menyatakan yang proses perubahan ini akan mengambil masa untuk disesuaikan.

ARTIKEL BERKAITAN