Close

Netflix kini menyokong Spatial Audio dan muat turun sehingga 6 peranti

Netflix kini mengumumkan dua ciri baharu pada aplikasi mereka. Menariknya, kedua-dua aplikias ini melibatkan sebarang kos tambahan buat pengguna sedia ada akaun premium atau bakal pengguna akaun premium.

Ciri pertama yang dibawakan adalah sokongan Spatial Audio. Ciri ini membolehkan pengguna merasai pengalaman bunyi sinematik yang mengasyikkan pada mana-mana peranti tanpa memerlukan perkakasan tambahan.

Lebih daripada 700 rancangan TV dan Filem telah menyokong ciri audio spatial. Antara kandungan yang menyokong ciri tersebut adalah seperti Stranger Things, The Watcher, Wednesday, dan Knives Out: Glass Onion.

Ciri kedua yang dibawakan adalah sokongan muat turun sehingga 6 peranti. Melalui ciri ini, ia membenarkan pengguna mempunyai lebih banyak peranti untuk muat turun kandungan. Yang mana, sebelum ini, ia terhad kepada empat peranti sahaja.

Namun begitu, ciri ini hanya tersedia untuk pelanggan akaun premium sahaja dan terhad kepada peranti yang menyokong (Spatial Audio). Untuk semakan senarai peranti yang menyokong Audio Spatial boleh lihat di sini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN