Kali ni, dropping down is good news ✅ Starting today, our Basic Plan in Malaysia is now RM28 per month for both new and existing members. pic.twitter.com/lcqMpHDJW1
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) February 21, 2023
Harga langganan baharu untuk pelan asas kini adalah RM28 sebulan berbanding sebelum ini iaitu RM35 sebulan. Harga langganan baharu ini telahpun berkuat kuasa bermula hari ini. Dari tinjauan yang kami buat, pelan tersebut telahpun tersedia pada halaman pendaftaran Netflix.
Secara keseluruhan, pelan asas ini menawarkan kualiti video yang agak baik dengan resolusi HD pada 720p. Boleh ditonton melalui pelbagai peranti seperti tablet, TV, phone dan juga komputer.