Close

Nokia kini tampil dengan logo dan arah tuju baharu


Nokia kini tampil dengan penjenamaan dan juga logo baharu bagi menandakan yang syarikat tersebut kini berada dalam fasa yang berbeza dari sebelumnya.


Logo baharu Nokia tidak lagi tampil dengan warna ikonik iaitu “Yale Blue”, ia kini tampil dengan pelbagai warna yang lebih sesuai mengikut keadaan dan tiada skema warna yang khusus yang digunakan. Selain itu, Nokia kini bukan lagi sebuah syarikat telefon pintar tetapi sebuah syarikat teknologi perniagaan.


Nokia turut menyatakan, logo baharu ini mengambarkan yang syarikat tersebut kini lebih moden dan lebih digital.


Melalui penjenamaan baharu ini, Nokia dijangka akan lebih memfokuskan untuk mengembangkan lagi perniagaan peralatan telekomunikasi. Dalam masa yang sama, Nokia turut mempertimbangkan untuk membangun dan berkembang di lebih banyak negara.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah perubahan ini akan turut terkesan kepada Nokia Mobile yang diuruskan oleh  HMD Global atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN