Close

Nothing OS 1.5 versi stabil kini tersedia untuk pengguna


Sebelum ini, Nothing telahpun membuka peluang untuk semua pengguna mereka untuk menyertai program beta Nothing OS 1.5 pada Disember tahun lalu. Selepas beberapa bulan program beta dijalankan, Nothing kini sedia untuk melancarkan Nothing OS 1.5 versi stabil.


Nothing OS 1.5 adalah berasaskan Android 13. Menawarkan sejumlah peningkatan dari segi prestasi, kamera dan juga antaramuka yang lebih baik. Antara fungsi yang dibawakan adalah seperti talam notifikasi yang lebih baik, sokongan glyph yang meluas, antaramuka dengan tema pilihan yang lebih banyak dan lain-lain.


Selain itu, Carl Pei mendakwa yang Nothing OS 1.5 membawakan perubahan yang ketara dengan kualiti perisian yang dipertingkat untuk memberi pengalaman yang lebih baik. Ia juga menyatakan yang kemas kini baharu ini menawarkan penjimatan bateri yang lebih baik dari sebelumnya.



Pada ketika ini, kemaskini Nothing OS 1.5 versi stabil hanya tersedia untuk pengguna beta sahaja. Manakala, untuk pengguna biasa, kemaskini ini akan diberikan secara berperingkat dalam masa terdekat.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN