Close

OnePlus 11 Concept diperkenalkan dengan sistem penyejukan Active CryoFlux

OnePlus secara rasmi memperkenalkan telefon konsep mereka iaitu OnePlus 11 Concept. Telefon konsep ini membawakan sistem penyejukkan seperti PC yang dinamakan sebagai Active CryoFlux.

OnePlus 11 Concept merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan sistem penyejukan Actice CryoFlux. Teknologi Active CryoFlux adalah sebuah sistem penyejukan cecair yang setaraf seperti sistem penyejukan AIO PC, teknologi ini telah dikecil untuk dimuatkan pada telefon. 

Untuk menjalankan sistem ini, terdapat pam mikro seramik yang diletak di tengah-tengah untuk mengalirkan cecair melalui tiub di antara diafragma atas dan bawah. Sistem penjeyukan ini, ia mampu menurunkan suhu sehingga 2.1°C ketika bermain game suhu. Untuk pengecasan, ia mampu menurukan suhu sehingga 1.6°C.


Menjadikan peranti ini lebih menarik adalah, ia tampil dengan panel belakang lutsinar yang dipanggil sebagai ClearFlow Cover yang memperlihatkan bagaimana sistem penyejukan ini berfungsi. Selain itu, terdapat juga lampu LED yang dipanggil sebagai Halo Lightning untuk menjadikan peranti ini lebih menarik dan unik.

Dari segi spesifikasi, OnePlus 11 Concept ini masih membawakan spesifikasi yang sama iaitu dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, 12 GB RAM LPDDR5X, Storan 256GB UFS 4.0, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 100W.

Seperti namanya, peranti dilaporkan ini tidak akan dijual, sebaliknya teknologi tersebut dijangka akan digunakan pada peranti akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN