OnePlus 11 Concept mungkin hadir dengan fungsi Glyph seperti Nothing Phone (1) - FUZZ.MY

ASUS

Tuesday, February 21, 2023

OnePlus 11 Concept mungkin hadir dengan fungsi Glyph seperti Nothing Phone (1)


OnePlus telah mengesahkan kehadiran mereka pada acara Mobile World Congress (MWC). Pada acara terrsebutkan, OnePlus akan melancarkan peranti konsep melalui model premium terbaru mereka iaitu OnePlus 11.


 

Berikutan dari itu, OnePlus melalui media sosial rasmi mereka telah memuatnaik teaser awal mengenai OnePlus 11 Concept. Berdasarkan dari itu, dapat dilihat yang OnePlus 11 Concept akan hadir dengan panel belakang berlampu seperti pada Nothing Phone 1. 



Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah elemen lampu tersebut akan berfungsi seperti mana pada Nothing Phone 1 atau ia mungkin mempunyai fungsi yang berbeza seperti sistem penyejukkan.


Tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi buat masa ini. Sekiranya ia dibina berasaskan OnePlus 11, kita boleh jangkakan yang peranti ini akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM, 256 storage, kamera Hasselblad, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 100W.


(Sumber)