Close

OnePlus 11 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula dari RM3,299


OnePlus kini sedia untuk menawarkan peranti andalan mereka iaitu OnePlus 11 untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.



OnePlus 11 hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED LTPO 3.0 dengan resolusi 1440p. Menyokong paparan sehingga 120Hz, HDR10+ dan kecerahan puncak sehingga 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalam sehingga 256GB UFS 4.0.


Untuk fotografi, OnePlus 11 masih mengekalkan penjenamaan Hasselblad dan masih menggunakan tetapan tri-kamera iaitu 50MP + 48MP ultra lebar + 32MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesars 16MP. Melengkapkan peranti, bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 100W.


Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6, NCF, butang alert slider, pembesar suara dobly atmos, pelindung skrin Gorilla Glass Victus, menjalankan Color OS 13 berasaskan Android 13 dan juga X-axis vibration motor.


Untuk harga jualan, OnePlus 11 dijual pada harga RM3299 untuk 8GB + 128GB dan RM3599 untuk 16GB + 256GB. Di tawarkan dalam dua pilihan warna Titan Black dan Eternal Green.


Bagi yang berminat, pra-tempahan akan dibuka bermula dari 16 hingga 24 Februari. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma seperti OnePlus Buds Pro 2, kerangka jenis Sandstone, jaminan tambahan satu tahun, jaminan skrin selama setahun, cabutan bertuah dan juga Post Card Jackson Wang. 


Manakala, jualan secara terus akan bermula dari 25 Februari sehingga 3 Mac, turut akan menerima hadiah percuma seperti diskaun RM200 untuk pembelian OnePlus Buds Pro 2, kerangka jenis Sandstone, jaminan tambahan satu tahun, jaminan skrin selama setahun, cabutan bertuah dan juga Post Card Jackson Wang.

ARTIKEL BERKAITAN