Close

OnePlus 11 kini rasmi – Snapdragon 8 Gen 2, kamera Hasselblad dengan harga RM3432


OnePlus secara rasmi melancarkan OnePlus 11 untuk pasaran global. Model ini telahpun dilancarkan lebih awal di China. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.


OnePlus 11 hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED LTPO 3.0 dengan resolusi 1440p. Menyokong paparan sehingga 120Hz, HDR10+ dan kecerahan puncak sehingga 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalam sehingga 256GB UFS 4.0.


Untuk fotografi, OnePlus 11 masih mengekalkan penjenamaan Hasselblad dan masih menggunakan tetapan tri-kamera iaitu 50MP + 48MP ultra lebar + 32MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesars 16MP. Melengkapkan peranti, bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 100W.



Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6, NCF, butang alert slider, pembesar suara dobly atmos, menjalankan Color OS 13 berasaskan Android 13 dan juga X-axis vibration motor.



Untuk harga jualan, OnePlus 11 dijual pada harga $799 (RM3432) untuk 16GB + 256GB. Di tawarkan dalam dua pilihan warna Titan Black dan Eternal Green. OnePlus 11 akan turut ditawarkan di Malaysia dengan pelancarannya akan berlangsung pada 14 Februari ini.

ARTIKEL BERKAITAN