Close

OnePlus 11 versi China dilaporkan menyokong fungsi ” Region Lock”

OnePlus 11 versi China dilaporkan menghadapi masalah “Region Lock”, masalah tersebut terjadi apabila peranti dikesan digunakan di luar dari negara China.

Perkara tersebut disahkan oleh pengguna OnePlus 11 versi China di Rusia melalui forum 4pda. Menurutnya, peranti tersebut berfungsi dengan baik selama dua minggu sebelum ia memaparkan notifkasi “You are using a region-customized phone. Its calling functions are restricted in your region. Please contact customer service for support”.

Selepas notifikasi tersebut dipaparkan, fungsi panggilan akan dinyahaktifkan. Buat masa ini, tiada cara untuk mengembalikan semula ciri panggilan selepas dinyahaktifkan. Namun begitu, fungsi lain masih lagi boleh digunakan.

Terdapat lebih dari 42 negara disenaraikan sebagai region lock termasuk Malaysia, Singapura, Thailand dan Singapura. Kebanyakan negara yang disenaraikan adalah negara yang menjual OnePlus secara rasmi.

Di Malaysia, OnePlus versi China dijual lebih murah dari harga rasmi dan ia juga memasuki pasaran lebih awal berbanding versi rasmi. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN