Close

Oppo Find N2 Flip dilancarkan dengan harga RM4503

Oppo Find N2 Flip akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global. Yang mana, ia merupakan telefon pintar boleh lipat terawal jenis clampshell yang dihasilkan oleh Oppo. Membawa rekaan yang sama seperti Galaxy Z Flip4 tetapi dengan skrin kedua yang lebih besar.


Oppo Find N2 Flip hadir dengan skrin utama 6.8-inci AMOLED 120Hz, skrin luar OLED 3.26-inci. Turut menyokong HDR10+ dan kecerahan puncak 1600nits. Skrin luar yang lebih besar membolehkan ia memaparkan notifikasi yang lebih baik dan boleh menggunakan kamera utama untuk swafoto.
Dikuasakan dengan cip Dimensity 9000+ yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri 4300mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 44W.
Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50 MP + 8 MP. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32 MP. Keupayaan fotografi turut ditala dengan cip ISP MariSilicon X bersama sistem kamera dari Hasselblad.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IPX4, pelindung Corning Gorilla Glass 5, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.3 dan menjalankan ColorOS 13.
Dari segi harga jualan, Oppo Find N2 Flip dijual pada harga £849 (RM4503) 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu  Astral Black dan Moonlit Purple. Peranti ini dijangka akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN