Close

Oppo menjadualkan acara pelancaran Oppo Find N2 Flip di Malaysia pada 2 Mac ini


Oppo secara rasmi berkongsi mengenai tarikh pelancaran untuk Oppo Find N2 Flip di Malaysia iaitu pada 2 Mac ini. Perkara tersebut telah dikongsi melalui media sosial rasmi Oppo dan acara tersebut boleh ditonton melalui Facebook dan Youtube rasmi mereka.


The Flip is coming to Malaysia! 🌏

Watch the #OPPOFindN2Flip launch event unfold on 2 March 2023. ⏳ #SeeMoreInASnap #FlipRefined

— OPPO Malaysia (@OPPOMalaysia) February 20, 2023


Namun begitu, pihak Oppo tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai varian atau spesifikasi yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Pada pelancaran global, Oppo Find N2 Flip hadir dengan skrin utama 6.8-inci AMOLED 120Hz, skrin luar OLED 3.26-inci. Turut menyokong HDR10+ dan kecerahan puncak 1600nits. 


Dikuasakan dengan cip Dimensity 9000+ yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri 4300mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 44W. 

Menggunakan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50 MP + 8 MP dan swafoto 32 MP. Keupayaan fotografi turut ditala dengan cip ISP MariSilicon X bersama sistem kamera dari Hasselblad. Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN