Close

Pas MyRailLife diperkenalkan – Pas perkhidmatan percuma untuk OKU dan juga pelajar


Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan pas perkhidmatan percuma MyRailife, merupakan pas perjalana tanpa had yang memfokuskan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga pelajar.



Pas perkhidmatan ini, akan dimanfaatkan oleh pelajar (tahun satu sehingga tingkatan enam) serta golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pas ini, boleh digunakan di semua KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan juga perkhidmatan Shuttle Timuran.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan, dengan adanya pas percuma MyRailLife ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan ibu bapa selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengawal kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu, bermula dari 15 Februari 2023. Penumpang yang layak boleh mula untuk menggunakan pas yang disediakan tanpa had. 


Untuk mula menggunakan pas percuma MyRailLife, penumpang yang layak perlu melakukan pendaftaran untuk mendapatkan pas ini. Pengguna KTM Komuter Lembah Klang anda perlu ke kaunter tiket untuk lakukan pendaftaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN