Close

Pencuri berjaya dikesan melalui Apple Find My – Ditangkap lepas beberapa jam sahaja

Seorang lelaki di Subang Jaya berjaya mengesan pencuri yang mencuri barangan peribadinya melalui aplikasi Apple Find My. Barangan yang telah dicuri adalah iPad, MacBook dan Apple Watch.

Menurut mangsa iaitu Arvin Tharan, kereta beliau telah dipecah masuk barangan peribadinya telah diambil. Berikutan dari kejadian itu, beliau telah melihat rakaman litar tertutup (CCTV) untuk mendapatkan maklumat namun, perkara tersebut tidak membantu.

Selepas beberapa jam. beliau mencari alternatif lain dengan menggunakan Aplikasi Apple Find My untuk mengesan lokasi barangan peribadinya dan cara itu membuahkan hasil. Dengan maklumat tersebut, beliau pergi ke Balai Polis berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

Pencuri yang memakai jam tangan mangsa telah dikesan di sebuah kedai kopi di Sri Petaling. Pihak Polis berjaya menangkap pencuri tersebut hasil dari maklumat daripada aplikasi Apple Find My.

Melalui aplikasi Apple Find My, pengguna boleh menjejaki peranti Apple walaupun peranti tersebut berada di luar talian (Offline).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN