Close

Perodua Axia 2023 kini rasmi – Harga jualan bermula dari RM38,600

Kereta yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ini iaitu Perodua Axia 2023 telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini.


Perodua Axia 2023 menggunakan nama kod D74A dan hadir dengan pelbagai perubahan dan peningkatan dari segi rekaan dan juga spesifikasi. Dibina dengan platform baharu iaitu Daihatsu New Global Architecture (DGNA). Ditawarkan dalam empat varian iaitu G, X, SE dan AV.



Dikuasakan dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE 3-silinder VVT-i dengan kuasa mencapai 67hp dengan tork 91Nm. Dari segi rekaan, Perodua Axia 2023 membawakan rekaan yang lebih sporty dengan rekaan dalaman yang lebih kemas dan menarik. Selain itu, ia juga kini lebih besar dan juga lebih lebar. Namun, masih mengekalkan radius putaran yang sama iaitu pada 4.5 meter.

Perubahan paling ketara pada Perodua Axia 2023 adalah pada kotak gear yang mana ia kini menggunakan kotak gear D-CVT menggantikan transmisi tork 4-kelajuan.
Ciri lain yang turut hadir pada Perodua Axia 2023 adalah seperti Perodua Smart Drive Assist, lampu depan LED dan lampu nyala siang, Keyless Entry, mod pemanduan dan enam beg udara.
Untuk harga jualan, ia bermula dari RM38,600 untuk Axia G, RM40,000 untuk Axia X, RM44,000 untuk Axia SE dan RM49,500 Untuk Axia AV. Ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Ivory White, Granite Grey, Glittering Silver, Lava Red dan Coral Blue.

ARTIKEL BERKAITAN