Close

realme 10 4G kini rasmi di Malaysia dengan harga RM999

realme sebelum ini telahpun menawarkan realme 10 Pro+ 5G dan realme 10 Pro 5G untuk pasaran Malaysia. Kini, realme hadir dengan satu lagi penawaran iaitu realme 10 4G. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih terkini dengan harga mampu milik.


Untuk spesifikasi, realme 10 4G dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.4-inci FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 yang dipadankan dengan 8GB RAM + 8GB Dynamic RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50 MP + 2 MP kedalaman. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16 MP. Spesifikasi lain yang dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, NFC, pengimbas cap jari pada butang kuasa, pelindung skrin Gorilla Glass 5 dan lain-lain.

Untuk harga jualan, realme 10 4G dijual pada harga RM999 dan hanya tersedia dalam satu varian sahaja iaitu 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Clash White dan Rush Black. Bagi yang berminat, pra-tempahan akan bermula pada 14 Februari hingga 16 Februari. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma berupa realme band 2.

ARTIKEL BERKAITAN