Close

realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola dilancarkan – Terhad kepada 1000 unit sahaja



realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola telahpun dilancarkan secara rasmi hari ini. Menawarkan reka bentuk klasik yang bertemakan warna ikonik Coca-Cola iaitu Merah dan Hitam
.



realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera utama 108MP, bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W.



Selain tampil dengan reka bentuk yang bertemakan Coca-Cola, telefon edisi terhad ini turut hadir dengan pelbagai aksesori menarik di dalam kotak. Antaranya seperti pelekat Coca-Cola, maskot realmeow dalam tema Coca-Cola , pin sim ejector dalam bentuk penutup botol dan juga kad dengan nombor unik 0001 hingga 1000.

Di India, realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola dijual pada harga INR20,999 (RM1102). Sebagai perbandingan untuk edisi biasa dijual pada hargaa INR18,999 (RM998). realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola ini dijangka akan turut ditawarkan di Malaysia. Namun, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan harga jualannya.

ARTIKEL BERKAITAN