Close

realme GT Neo5 dilancarkan – Snapdragon 8+ Gen 1, pengecasan pantas 240W dan lampu RGB

realme hari ini secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu realme GT Neo5. Melaluinya, hadir dengan sejumlah peningkatan dan reka bentuk yang lebih menarik dari model sebelumnya.

realme GT Neo5 dilengkapi dengan skrin OLED 6.74-inci resolusi 2772x1240px yang turut menyokong paparan 144Hz dan 2160Hz PWM dimming. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 3.1.

Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50 MP + 8 MP ultra lebar + 2 MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16 MP. 

Ciri menarik yang dibawakan pada realme GT Neo5 adalah 1/4 dari panel belakang adalah jenis lutsinar dan mempunyai lampu RGB yang terletak di sebelah modul kamera. Lampu RGB tersebut menyokong 25 pilihan warna dan boleh digunakan sebagai lampu notifikasi untuk permainan, tahap bateri dan sebagainya.

realme GT Neo5 ditawarkan dalam dua varian yang dibezakan dengan kapasiti bateri dan juga teknologi pengecasan. Yang mana, untuk bateri 4600mAh didatangkan dengan pengecasan pantas 240W dan bateri 5000mAh didatangkan dengan pengecasan pantas 150W.

Di China, realme GT Neo5 dengan pengecasan 150W dijual pada harga 2,499 Yuan (RM1590) 8GB + 256GB, 2,699 Yuan (RM1771) 12GB + 256GB dan 2,899 Yuan (RM1845) 16GB + 256GB. Manakala untuk pengecasan 240W ia dijual pada harga 3,199 Yuan (RM2063) 16GB + 256GB dan 3,499 Yuan (RM2226) 16GB + 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN