![]() |
Sumber : OnLeaksXSmartPrix |
Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan imej dan video pendek dengan menyatakan yang beliau amat menyukai fungsi tersebut dan menamakan fungsi tersebut sebagai realme Mini Capsule. Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan yang fungsi tersebut akan tersedia pada realme siri C.
Seems a weird bug occurred in the Matrix and caused a spacetime flaw that kinda disrupted my last trip to the future...😵💫
— Steve H.McFly (@OnLeaks) February 22, 2023
So, one more round-trip later, here comes your first look at #Realme's #MiniCapsule in action...😏
Again, on behalf of @Smartprix 👉🏻 https://t.co/qAPkl4gcNn pic.twitter.com/Z29A4j0Jhe
Berdasarkan dari imej tersebut, dapat dilihat realme Mini Capsule mempunyai animasi yang sama seperti Dynamic Island yang memaparkan maklumat mengenai peranti sedang dicas. Menurut beberapa sumber, Mini Capsule hanya menggunakan skrin jenis berlubang bulat dan bukannya rekaan pil seperti pada iPhone 14 Pro.
realme bukanlah pengeluar pertama yang menggunakan fungsi seperti Dynamic Island. Sebelum ini, Xiaomi turut membawakan fungsi yang sama melalui Xiaomi Civi 2.