Close

RedMagic 8 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM3699


Nubia kini sedia untuk menawarkan peranti permainan terbaru mereka iaitu Red Magic 8 Pro untuk pasaran tempatan. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.



Red Magic 8 Pro tampil dengan rekaan yang lebih menarik dengan menggunakan bingkai jenis rata dan skrin yang lebih nipis. Selain itu, ia turut tampil dengan dua jenis kemasan iaitu kesat (matte) dan juga lutsinar (tranparents).



Untuk spesifikasi, siri Red Magic 8 Pro dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.8-inci FHD+ bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 6000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 65W.



Dari segi fotografi, ia tampil dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Samsung ISOCELL GN2 + 8MP ultra sudut lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP yang menggunakan teknologi UDC generasi kedua.


Spesifikasi lain yang ditawarkan pada siri Red Magic 8 Pro adalah seperti bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo, sistem penyejukan ICE 11.0 dan menjalankan RedMagic OS 6 berasaskan Android 13.


Di Malaysia, RedMagic 8 Pro dijual pada harga bermula RM3699 untuk 12GB + 256GB dan RM4299 untuk 16GB + 512GB. Akan mula dijual pada 25 Februari secara atas talian melalui RedMagicMY Official Store di Lazada. Sempena dengan pelancarannya, model 12GB + 256GB akan dijual pada harga RM2899 dan 16GB + 512GB akan dijual pada harga RM3499.

ARTIKEL BERKAITAN