Close

Rekaan Nothing Ear (2) tertiris – Rekaan sama, tapi…

Sumber : OnLeaks

Sebelum ini terdapat beberapa laporan telah memperlihatkan rekaan bagi Nothing Ear (2). Namun, untuk kali ini rekaan yang didedahkan adalah lebih terperinci dan juga lebih jelas.

Sumber : OnLeaks

Berdasarkan dari perkongsian OnLeaks, memperlihatkan rekaan penuh Nothing Ear (2) bersama dengan bekas pengecas. Tiada perubahan drastik dari segi rekaan dan masih membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti Nothing Ear (1).

Sumber : OnLeaks

Namun begitu, perubahan ketara yang dapat dilihat pada Nothing Ear (2) adalah pada kedudukan mikrofon untuk pembatalan hingar. Yang mana, ia kini berada di bahagian tepi, pada Nothing Ear (1) ia berada di bahagian atas.

Antara fungsi menarik yang dilaporkan akan hadir pada Nothing Ear (2) adalah pembatalan hingar yang lebih baik, menyokong pilihan ANC yang boleh dilaraskan oleh pengguna dan juga Dual Connectivity yang membolehkan peranti disambungkan pada 2 peranti berlainan secara serentak.

Selain itu, Nothing Ear (2) juga dikatakan akan menyokong beberapa fungsi lain seperti Advanced EQ dan juga Find Earbuds. Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada suku kedua 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN