Close

Rovio Classics: Angry Birds akan dibuang dari Play Store

Permainan yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dulu tidak lagi akan disenaraikan dalam Play Store bermula 23 Februari 2023. Permainan yang dimaksudkan adalah Rovio Classics: Angry Birds.

Please read below for an important announcement regarding the availability of Rovio Classics: Angry Birds. pic.twitter.com/a4n4bU5gQJ

— Rovio (@Rovio) February 21, 2023

Rovio Entertainment menyatakan tindakan itu terpaksa dibuat kerana memberi kesan kepada portfolio permainan syarikat tersebut. Ia juga sebagai langkah awal berikutan syarikat tersebut dalam fasa perbincangan untuk dijual.
Walaubagaimanapun, permainan tersebut masih lagi boleh dimainkan untuk pengguna sedia ada. Tetapi, permainan tersebut tidak lagi boleh dipasang pada peranti Android baharu. Untuk platform iOS, permainan ini akan dijenamakan semula sebagai Red’s First Flight”.

ARTIKEL BERKAITAN