Close

Samsung Exynos 2400 dilaporkan akan hadir dengan 10 Teras CPU

Samsung baharu sahaja melancarkan peranti andalan mereka iaitu siri Samsung Galaxy S23. Yang mana, siri tersebut tidak lagi menawarkan cip Exynos sebaliknya hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 sahaja.

Terkini, menurut Ice Universe. Samsung dilaporkan sedang membangunkan cip Exynos baharu yang lebih berkuasa. Cip tersebut akan menggunakan nama Exynos 2400 dan akan hadir dengan 10 Teras CPU. Konfigurasi yang akan digunakan pada cip tersebut adalah 1+2+3+4 iaitu 1x Cortex X4, 2x Cortex A720, 3x Cortex A720 dan 4x Cortex 520. Untuk grafik, ia dijangka akan menggunakan GPU yang dibangunkan dengan kerjasama AMD seperti pada Exynos 2200.


Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai peranti yang akan menggunakan cip Exynos 2400. Namun, cip ini dijangka akan dilancarkan bersama dengan siri Samsung Galaxy S24.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN