Close

Samsung Galaxy S23 dan S23+ kini rasmi dengan harga bermula RM3899

Samsung secara rasminya melancarkan model kemas kini untuk peranti andalan mereka iaitu siri Samsung Galaxy S23. Hadir dengan tiga varian iaitu Samsung Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra. Membawakan sejumlah peningkatan dari segi reka bentuk dan spesifikasi yang lebih baik dari model sebelumnya.

Samsung Galaxy S23+


Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy S23+ hadir dengan skrin bersaiz 6.6-inci Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+, kecerahan puncak 1750 nits dan merupakan peranti pertama menggunakan Gorilla Glass Victus 2.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Bateri 4700mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 45W dan tanpa wayar 10W.

Untuk fotografi, Samsung Galaxy S23+ hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 50MP + 12MP ultra lebar + 10MP telefoto . Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12 MP.


Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6E, penarafan IP68 dan menjalankan One UI 5.1 berasaskan Android 13.
Untuk harga jualan, Samsung Galaxy S23+ dijual pada harga bermula RM4699 untuk 8GB + 256GB dan RM5199 untuk 12GB +512GB.
Bagi yang berminat, pra-tempahan untuk peranti ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Samsung bermula hari ini sehingga 23 Februari. Setiap pra-tempahan akan menarima e-Voucher bernilai RM400 dan promosi storan berganda sehingga RM500 membolehkan anda membeli Galaxy S23+ 512GB dengan harga RM4699.
Samsung Galaxy S23

Sementara untuk Samsung Galaxy S23, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.1-inci Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+, kecerahan puncak 1750 nits dan merupakan peranti pertama menggunakan Gorilla Glass Victus 2.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 3900mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 25W.

Untuk fotografi, Samsung Galaxy S23 hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 50MP + 12MP ultra lebar + 10MP telefoto . Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12MP.


Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6E, penarafan IP68 dan menjalankan One UI 5.1 berasaskan Android 13.

Untuk harga jualan, Samsung Galaxy S23 dijual pada harga bermula RM3899 untuk 8GB + 128GB dan RM4199 untuk 8GB + 256GB.
Bagi yang berminat, pra-tempahan untuk peranti ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Samsung bermula hari ini sehingga 23 Februari. Setiap pra-tempahan akan menarima e-Voucher bernilai RM400 dan promosi storan berganda sehingga RM500 membolehkan anda membeli Galaxy S23 256GB dengan harga RM3899.

ARTIKEL BERKAITAN