Close

Samsung Galaxy S23 FE dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2023

Samsung dilaporkan merancang untuk membawa kembali siri Fan Edition (FE) pada siri Samsung Galaxy S23. Yang mana, sebelum ini. siri tersebut tidak dilancarkan pada siri Samsung Galaxy S22 berikutan dari beberapa masalah.

Berdasarkan dari laporan terbaru, Samsung dilaporkan merancang untuk membawa kembali siri Fan Edition dan dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2023 iaitu sekitar Ogos atau September ini.

Dalam pada itu, terdapat laporan yang Samsung tidak akan melancarkan Samsung Galax A74 pada tahun ini, sebaliknya hanya akan memfokuskan kepada siri Fan Edition untuk Galaxy S23. Samsung Galaxy S23 FE berkemungkinan akan dikuaskan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy atau cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Namun begitu, laporan ini masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan memandangkan hari pelancarannya masih lagi belum diketahui. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN