Close

Samsung Galaxy S23 Plus – Mewah, kompak dan berkuasa

Sekiranya anda merasakan yang Samsung Galaxy S23 Ultra tidak sesuai dengan anda. Samsung turut menawarkan Samsung Galaxy S23+ yang lebih kompak tetapi membawakan keupayaan yang hampir sama dengan siri paling premium iaitu Samsung Galaxy S23 Ultra.

Samsung Galaxy S23+ membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga kemampuan kamera yang lebih baik. Selain itu, terdapat pelbagai teknologi baharu yang dimuatkan pada peranti ini seiring dengan perkembangan teknologi.


Rekaan 


Masih membawakan rekaan ikonik seperti model sebelumnya. Namun, terdapat beberapa perubahan kecil yang dibawakan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Samsung Galaxy S23+ hadir dengan rekaan yang sedikit tinggi dan sedikit lebar untuk menjadikan ia lebih ergonomik.

Tampil dengan rekaan kamera yang berbeza yang dipanggil Floating Camera, menjadikan rekaan kini lebih kemas dan juga minimalis. Menggunakan kemasan panel belakang jenis matte yang dapat memberikan pegangan yang lebih kemas dan lebih tahan kotor berbanding kemasan jenis glossy.



Rekaan bingkai jenis berkotak sememangnya memberikan kelebihan ketika dipegang tetapi, dipadankan dengan kemasan jenis glossy menjadikan ia terasa sedikit slippery ketika digunakan. Secara keseluruhan, rekaan Samsung Galaxy S23+ ini adalah baik dan juga selesa untuk kegunaan jangka masa panjang.


Skrin 



Dari segi skrin, Samsung Galaxy S23+ masih membawakan skrin jenis rata dengan saiz yang sama iaitu 6.6-inci bersama paparan 120Hz. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan yang dibawakan seperti menyokong kecerahan puncak yang lebih terang dengan 1750 nits dan juga menggunakan binaan kaca Gorilla Glass Victus 2 yang lebih tahan lasak.



Selain itu, ia turut hadir dengan fungsi baharu Vision Booster dan Enhanced Comfort yang memastikan imej kandungan kekal tajam serta boleh dilihat dalam pelbagai situasi pencahayaan. Secara keseluruhan, skrin pada Samsung Galaxy S23+ sememangnya cemerlang dengan warna yang dihasilkan sangat baik, sudut pandangan jelas dan juga responsif.


Sistem operasi


Samsung Galaxy S23+ kini hadir dengan sistem operasi yang dipertingkat melalui One UI 5.1 yang berasaskan Android 13. Secara keseluruhan tiada perubahan yang ketara berbanding sistem operasi One UI 5.0. Namun, ia hadir dengan beberapa fungsi baharu dan juga kemampuan ubahsuai antaramuka yang lebih baik.



Rekaan antaramuka masih lagi minimalis dan mudah untuk dikendali. Tiada sebarang masalah yang dihadapi sepanjang percubaan ringkas kami. Sistem operasi terasa sangat lancar dan pantas. Seperti kebiasaan, Samsung masih menawarkan kemas kini yang lebih panjang berbanding pengeluar lain dengan empat tahun kemas kini Android dan lima tahun kemas kini keselamatan.


Kamera 



Tidak seperti Samsung Galaxy S23 Ultra yang hadir dengan sensor sebesar 200 MP. Samsung Galaxy S23+ hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor sebesar 50 MP + 10 MP telefoto + 12 MP ultra lebar. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 12 MP.


Biarpun tidak menggunakan sensor yang lebih besar. Namun, terdapat beberapa peningkatan yang dibawakan seperti Enhanced Nightophotraphy, New Adpative Pixel, Super HDR dan lain-lain. Samsung menyatakan yang kemampuan kamera pada Samsung Galaxy S23+ adalah lebih baik dari model sebelumnya. 

ARTIKEL BERKAITAN