Close

Samsung Galaxy S23 Ultra turut dilancarkan dengan harga mencecah RM7199

Pada acara yang sama, Samsung turut melancarkan peranti paling premium untuk siri Samsung Galaxy S23 iaitu Galaxy S23 Ultra. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi reka bentuk dan spesifikasi yang lebih baik dari model sebelumnya.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy S23 Ultra dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.8-inci Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi QHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+, kecerahan puncak 1750 nits dan merupakan peranti pertama menggunakan Gorilla Glass Victus 2.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 45W dan tanpa wayar 15W. Cip khas ini menawarkan peningkatan sebanyak 34% pada CPU, 41% pada GPU dan 49% pada NPU AI Engine.
 
Untuk fotografi, Samsung Galaxy S23 Ultra hadir dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 200 MP + 12 MP ultra lebar + 10 MP telefoto + 10 MP periskop. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 12 MP.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6E, penarafan IP68, sokongan S Pen, sistem penyejukan Vapor Chamber 2.1 dan menjalankan One UI 5.1 berasaskan Android 13.
Untuk harga jualan, Samsung Galaxy S23 Ultra dijual pada harga bermula RM5699 untuk 12GB + 256GB, RM6199 untuk 12GB +512GB dan RM7199 untuk 12GB + 1TB.
Bagi yang berminat, pra-tempahan untuk peranti ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Samsung bermula hari ini sehingga 23 Februari. Setiap pra-tempahan akan menarima e-Voucher bernilai RM400 dan promosi storan berganda sehingga RM500 membolehkan anda membeli Galaxy S23 Ultra 1TB dengan harga RM6699.

ARTIKEL BERKAITAN