Close

Samsung perkenalkan Galaxy S23 Ultra edisi BMW M – Terhad kepada 1000 unit sahaja

Samsung Galaxy S23 Ultra yang baharu sahaja dilancarkan pada minggu lalu kini ditawarkan dalam edisi terhad dengan kerjasama BMW.

Edisi terhad ini dipanggil sebagai Samsung Galaxy S23 Ultra edisi BMW M. Edisi ekslusif ini hanya tersedia untuk pasaran Korea Selatan dan dijual dengan jumlah yang sangat terhad iaitu 1000 unit sahaja.

Samsung Galaxy S23 Ultra edisi BMW M ini ditawarkan dengan beberapa perubahan dari segi antaramuka dan juga akesesori tambahan yang bertemakan BWM edisi M. Antara aksesori yang hadir adalah seperti koleksi lencana BMW, kerangka bertemakan BMW, enam Key ring dengan logo BWM yang boleh diubah, jam analog, buku foto, poster dan sejumlah aksesori lain.

Dari segi spesifikasi, tiada sebarang perubahan dilakukan dan edisi terhad ini ditawarkan dalam konfigurasi 12GB + 512GB, dijual pada harga KRW 1,727,000 (RM5912). Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan edisi terhad ini diperingkat global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN