Close

Samsung The Wall dilancarkan – TV gergasi 146-inci dengan resolusi 4K

Samsung Malaysia sedia untuk membawakan teknologi paparan ke dimensi yang berbeza dengan melancarkan TV pintar baharu yang dipanggil sebagai The Wall All-in One. Membawakan sejumlah teknologi baharu dan juga reka bentuk yang minimalis.

The Wall dijana dengan cip AI berkuasa tinggi yang dipanggil Neural Quantum Processor 4K. Menyokonga tahap kecerahan puncak sehingga 1600 nits dengan nisbah kontras 24,000 : 1. TV pintar ini menyokong paparan sehingga 120Hz dan mempunyai jangka hayat LED sehingga 150,000 jam iaitu sekitar 17 tahun.

Hadir dengan teknologi Black Seal yang membolehkan ia memaparkan warna hitam dengan lebih tulen bersama perincian yang lebih baik. Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan teknologi Ultra Chroma yang mampu menghasilkan dua kali ganda warna RGB yang lebih tulen dan juga lebih tepat berbandinga LED konvensional.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pembesar suara jenis stereo terbina, kotak kawalan secara terbina, penarafan IP20 dan sebagainya. The Wall ditawarkan dalam tiga pilihan saiz iaitu 110-inci 2K, 146-inci 2K dan juga 146-inci 4K. Harga jualan bermula dari RM495,543. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Samsung.

ARTIKEL BERKAITAN