Close

Senarai peranti Xiaomi yang akan menerima kemaskini MIUI 14

Xiaomi hari ini mengumumkan sistem operasi baharu mereka iaitu MIUI 14 secara global. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah perubahan dari segi antaramuka, peningkatan prestasi dan juga sistem yang lebih optimum.


Sehubungan dengan itu, Xiaomi turut berkongsi senarai peranti dan juga jadual kemas kini bagi MIUI 14. Xiaomi menjanjikan yang kemaskini kini akan mula diterima pada suku pertama 2023.



Berikut adalah senarai peranti yang akan menerima kemaskini MIUI 14 :

  • Xiaomi 12T Pro
  • Xiaomi 12T
  • Xiaomi 12 Pro
  • Xiaomi 12
  • Xiaomi 12X
  • Xiaomi 12 Lite
  • Xiaomi 11T Pro
  • Xiaomi 11T
  • Mi 11 Ultra
  • Mi 11i
  • Mi11
  • Xiaomi 11 Lite 5G NE
  • Mi 11 Lite 5G
  • Mi 11 Lite
  • Redmi Note 11 Pro+ 5G
  • Redmi Note 10 Pro
  • Redmi Note 10
  • Redmi 10 5G

Dalam masa yang sama, Xiaomi turut menjanjikan akan lebih banyak peranti akan menerima kemaskini MIUI 14 pada masa akan datang. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah kemaskini ini akan hadir dengan Android 13 atau masih menggunakan Android 12.

ARTIKEL BERKAITAN