Close

Shopee kini menawarkan pinjaman kewangan sehingga RM100,000 melalui SLoan

Shopee kini sedia menawarkan perkhidmatan pinjaman kewangan yang dikenali sebagai SLoan. Melalui perkhidmatan ini, pengguna boleh melakukan pinjaman kewangan sehingga RM100,000.

Menariknya, SLoan menawarkan permohonan yang mudah dan cepat dengan tempoh kelulusan hanya dalam masa 24 jam.

Dari segi had pinjaman, ia bergantung pada kelayakan individu. SLoan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas. 

Kadar faedah sebanyak 1.5% sebulan atau 18% setahun akan dikenakan ke atas jumlah pinjaman. Selain itu, terdapat juga Yuran setem 0.5% dan juga penalti lewat bayaran sebanyak 8% setahun yang dikira setiap hari. Pengguna mempunyai pilihan untuk membayar balik dalam tempoh 3. 6 atau 12 bulan.

SLoan buat masa ini ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna Shopee. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Shopee.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN